Set sekali, guna selamanya — Projects dan Custom Instructions
Penat terangkan siapa korang setiap kali buka chat? Ada tempat untuk simpan konteks tetap — nama bisnes, gaya, bahasa, larangan. Setiap chat selepas tu dah "kenal" korang.
Setiap chat baru bermula dari kosong — melainkan korang simpan konteks di tempat yang betul.
- Claude: Projects → cipta projek → "Set project instructions"
- ChatGPT: Projects, atau Settings → Personalization → Custom instructions
- Gemini: Gems → cipta Gem dengan arahan tetap
Paste sesuatu macam ni:
Saya [nama], [peranan] di [bisnes/syarikat], [lokasi]. Pelanggan saya: [siapa]. Bahasa: jawab dalam Bahasa Melayu santai melainkan saya minta lain. Nada: [mesra, terus terang, tak terlalu formal]. Jangan guna perkataan: [terbaik, murah, berkualiti tinggi]. Kalau saya minta email, sentiasa sertakan tajuk. Kalau tak pasti, tanya dulu.
Selepas ni, "tulis email kepada pembekal" cukup — ia dah tahu siapa korang, nada apa, bahasa apa. Jimat 5 minit setiap chat, setiap hari.
Cuba sekarang: buat satu Project untuk kerja korang, paste arahan di atas, buka chat baru dan taip "tulis email".
Panduan penuh untuk kerja pejabat: Claude AI Untuk Kerja Pejabat.
