Video Studio/Tips/Balas pelanggan dalam bahasa yang dia guna — BM, BI atau rojak
Tips

Balas pelanggan dalam bahasa yang dia guna — BM, BI atau rojak

Pelanggan Malaysia tulis dalam tiga bahasa dan satu rojak. Satu prompt yang simpan polisi kedai korang dan balas dalam bahasa yang sama macam pelanggan, dalam 10 saat.

09 Sep 20261 min baca

Kalau korang jual apa-apa, korang balas mesej yang sama berulang kali: harga, penghantaran, nego, komplen. AI boleh draf balasan dalam bahasa yang pelanggan guna — termasuk rojak — asalkan korang bagi polisi kedai sekali.

Kamu pembantu khidmat pelanggan untuk [nama kedai], jual [produk]. Polisi: [penghantaran 2-3 hari; tiada refund untuk barang makanan; tukar saiz dalam 7 hari]. Senarai harga: [isi].

Pelanggan hantar: "[paste mesej]"

Balas dalam bahasa dan gaya yang sama macam pelanggan (BM/BI/campur). Mesra, ringkas, bawah 60 patah perkataan. Kalau nego, tolak dengan sopan dan bagi satu alternatif. Kalau komplen, minta maaf dulu, kemudian bagi penyelesaian jelas.

Isi bahagian polisi sekali sahaja, simpan dalam Notes. Lepas tu korang cuma paste mesej pelanggan.

Cuba sekarang: simpan prompt ni dengan polisi kedai korang. Guna pada mesej pelanggan seterusnya.

Lima prompt lagi untuk peniaga: AI Untuk Peniaga Kedai & Online Seller.

Newsletter percuma

Subscribe Newsletter

Skill AI yang korang boleh terus guna hari tu juga — dalam Bahasa Melayu, tanpa jargon. Percuma.

✓ Siap! Cek inbox korang untuk email pertama.

Tak suka? Berhenti langgan bila-bila. Saya tak spam.