Video Studio/Kerja Harian/AI Untuk Cikgu: 5 Prompt Untuk Kerja Harian Korang
Kerja Harian

AI Untuk Cikgu: 5 Prompt Untuk Kerja Harian Korang

Rancangan pengajaran, soalan kuiz, ulasan buku laporan, mesej kepada ibu bapa dan bahan pembezaan — lima prompt yang jimatkan cikgu berjam-jam seminggu. Salin, tukar butiran, siap.

03 Sep 20263 min baca

Cikgu ialah antara profesion yang paling banyak kerja "menulis" di luar waktu mengajar: RPH, soalan, ulasan, surat, laporan. AI takkan gantikan cara korang mengajar — tapi ia boleh ambil alih 60% kerja menaip. Lima prompt di bawah saya susun ikut kerja yang paling kerap cikgu Malaysia buat.

Cara guna: salin prompt ke ChatGPT, Claude atau Gemini (mana-mana versi percuma), tukar bahagian dalam [ ], tekan Enter. Kalau hasil tak kena, balas "ubah bahagian X" — jangan mula chat baru.

Peringatan: jangan masukkan nama penuh murid atau maklumat peribadi ke dalam AI awam. Guna "Murid A" atau nombor.

1. Rancangan pengajaran (RPH) dalam 2 minit

Kamu ialah guru berpengalaman di Malaysia yang biasa dengan DSKP KSSM/KSSR.

Sediakan rancangan pengajaran harian untuk:
- Mata pelajaran: [contoh: Sains]
- Tahun/Tingkatan: [contoh: Tingkatan 2]
- Tajuk: [contoh: Nutrisi — kelas makanan]
- Standard pembelajaran: [salin daripada DSKP kalau ada]
- Masa: [60 minit]
- Saiz kelas: [30 murid, tahap sederhana]

Format: Objektif (3, boleh diukur), Set induksi (5 min, ada elemen "wow"), Aktiviti utama (dengan langkah dan masa), Aktiviti pengukuhan, Penilaian, Refleksi guru. Sertakan satu aktiviti berkumpulan yang tak perlukan peralatan mahal. Bahasa Melayu, format yang boleh terus disalin ke buku rekod.

Selepas hasil keluar: "Buat versi untuk murid lemah dan versi untuk murid cemerlang" — pembezaan siap.

2. Soalan kuiz dan skema jawapan

Hasilkan 10 soalan untuk tajuk [tajuk] bagi [Tahun/Tingkatan]:
- 6 soalan objektif (4 pilihan, satu jawapan betul, pengganggu yang munasabah)
- 3 soalan struktur (2-4 markah setiap satu)
- 1 soalan KBAT (aplikasi situasi harian Malaysia)

Susun ikut aras kesukaran menaik. Sediakan skema jawapan berasingan dengan pemberian markah. Elakkan soalan yang jawapannya boleh diteka daripada bentuk ayat.

3. Ulasan buku laporan / pentaksiran bilik darjah

Ini kerja yang paling makan masa hujung penggal. Bagi AI senarai ringkas, dia tulis ayat.

Tulis ulasan pendek (2-3 ayat setiap murid) untuk buku laporan, Bahasa Melayu, nada positif tapi jujur, sesuai dibaca ibu bapa. Sebut satu kekuatan dan satu perkara untuk diperbaiki. Jangan guna ayat yang sama untuk dua murid.

Murid A: rajin, pendiam, lemah dalam pecahan
Murid B: aktif, kerap lewat hantar kerja rumah, bagus dalam lisan
Murid C: [isi]

4. Mesej kepada ibu bapa yang sensitif

Tulis mesej WhatsApp kepada ibu bapa Murid A untuk maklumkan bahawa anak mereka [tak hantar kerja rumah 3 kali minggu ni / terlibat dalam pergaduhan kecil / menunjukkan penurunan prestasi]. Nada: hormat, tenang, tak menuduh, ajak kerjasama. Cadangkan satu langkah kecil yang ibu bapa boleh buat di rumah. Bawah 100 patah perkataan. Bahasa Melayu.

5. Terangkan konsep susah dengan 3 cara

Untuk murid yang "tak faham jugak" selepas korang terangkan dua kali:

Terangkan [konsep, contoh: fotosintesis / pecahan setara / hukum Newton pertama] kepada murid [Tahun/Tingkatan] dengan 3 cara berbeza:
1. Analogi kehidupan harian Malaysia (makanan, sukan, kampung, bandar)
2. Cerita pendek 5 ayat dengan watak
3. Langkah demi langkah dengan satu contoh berangka

Kemudian bagi 2 soalan semak kefahaman yang murid boleh jawab dalam 1 minit.

Bonus: alat yang cikgu patut tahu

  • Upload fail: Claude dan ChatGPT boleh baca PDF — upload DSKP atau buku teks dan tanya "rangka 4 minggu pengajaran untuk bab 3".
  • Gemini dalam Google Docs/Slides: kalau sekolah guna Google Workspace, Gemini boleh tulis terus dalam Slides untuk bahan mengajar.
  • Suara: aplikasi ChatGPT ada mod suara — cikgu boleh "bercakap" idea RPH dalam kereta, kemudian minta ia susunkan.

Simpan lima prompt ni dalam satu nota telefon. Profesion lain menyusul. Kalau korang nak profesion korang diliputi, balas newsletter A.I. Boleh atau DM TikTok @aiboleh.

Belum selesa dengan asas? Mula di Cara Guna ChatGPT Dari Kosong.

Newsletter percuma

Subscribe Newsletter

Skill AI yang korang boleh terus guna hari tu juga — dalam Bahasa Melayu, tanpa jargon. Percuma.

✓ Siap! Cek inbox korang untuk email pertama.

Tak suka? Berhenti langgan bila-bila. Saya tak spam.